Sun 30 Mar 2008
Tip Affiliate 2 : Menulis Review Produk.
Posted by support under Cara Memasarkan Affiliate , Tips AffiliateSelamat sejahtera semua,
Ini merupakan tip kedua untuk tip affiliate. Tip ini menerangkan teknik menulis review produk affiliate anda untuk prospek anda yakin dan terus membeli dari link affiliate anda.
Teknik ini memerlukan anda membuat review secara jujur dan jangan sesekali menipu prospek anda kerana anda akan kehilangan mereka jika anda tidak jujur. Jika anda kehilangan mereka, secara jujur saya cakap anda tidak akan berjaya dalam membuat jualan lagi kerana mereka tidak akan percayakan anda lagi.
Teknik ini boleh digunakan untuk semua produk yang pernah anda beli dan guna. Teknik ini memerlukan anda membeli produk tersebut untuk membuat review. Jika anda tidak mempunyai produk tersebut, anda tidak akan dapat review produk itu. Jadi, sudah pasti anda perlu membelinya.
Cara menulis review, anda perlu menulis review yang berkaitan dengan produk affiliate anda. Teknik ini adalah teknik yang tidak dapat tandingi teknik lain. Ini kerana
1. anda mempunyai pengalaman tentang produk affiliate anda.
2. anda menonjokkan keyakinan kepada prospek anda untuk membelinya melalui anda review produk affiliate anda.
Jadi disini, anda memberi keyakinan kepada prospek anda kerana anda sendiri telah menggunakannya.
sukar untuk percaya?
mari lihat contoh dibawah
contoh 1: “dapatkan ebook menjana wang di internet di [link affiliate anda]”
dengan
contoh 2: “dapatkan ebook menjana wang di initernet di [link affiliate anda]. Saya sendir telah menggunakannya dan saya telah berjaya mendapatkan pendapat yang lumayan.”
contoh diatas, anda akan pilih yang mana? kalau saya, saya akan memilih contoh 2. Saya yakin anda juga sama bukan.
Diatas ini hanyalah contoh pendek. Anda boleh membuat review anda sendiri. Jadikan prospek anda terasa percaya dengan review anda.
Ingat, jangan sesekali menipu. Ini akan merugikan anda sendiri.
“kalau macam itu, saya perlu membeli dulu lah ya?”
Jawapannya,
Ya, jika anda betul-betul memerlukan pruduk itu dan anda mempunyai bajet yang cukup.
Tidak, jika anda tidak mempunyai bajet dan tidak memerlukan produk itu.
Jangan risau, masih banyak lagi teknik untuk mempromosi affiliate anda. Ini adalah salah satu cara.
Sampai disini sahaja lah. Tunggu post seterusnya untuk mengetahui tip seterusnya.
Semoga berjaya kepada anda yang menggunakan teknik ini.
___
Han
Han Web Desiigning
http://www.hanrz.com
Post Yang Berkaitan :
March 30th, 2008 at 8:50 pm
betul. cuma tak ramai orang yang minat beli produk dan lepas tu review produk tu.
April 14th, 2008 at 11:14 am
errr….hmmm….mungkin strategi atas utk affiliate kot….kalau kita ada produk sendiri dan nak suruh org review kita bagi free suruh org cuba dan suruh dia review…rasa nya takder masalah kot…..hehee
April 15th, 2008 at 11:24 pm
Macam mane plak kalau produk MRR. Boleh tak review dulu?
April 16th, 2008 at 2:50 pm
taukey,
utk produk sendiri, boleh buat cara taukey tu…
Asmid,
kalau produk MRR, kita juga boleh buat cam ni…
Review adalah salah satu cara yang berkesan…
han