Tips Affiliate


Selamat sejahtera semua,

Ini merupakan tip kedua untuk tip affiliate. Tip ini menerangkan teknik menulis review produk affiliate anda untuk prospek anda yakin dan terus membeli dari link affiliate anda.

Teknik ini memerlukan anda membuat review secara jujur dan jangan sesekali menipu prospek anda kerana anda akan kehilangan mereka jika anda tidak jujur. Jika anda kehilangan mereka, secara jujur saya cakap anda tidak akan berjaya dalam membuat jualan lagi kerana mereka tidak akan percayakan anda lagi.

Teknik ini boleh digunakan untuk semua produk yang pernah anda beli dan guna. Teknik ini memerlukan anda membeli produk tersebut untuk membuat review. Jika anda tidak mempunyai produk tersebut, anda tidak akan dapat review produk itu. Jadi, sudah pasti anda perlu membelinya.

Cara menulis review, anda perlu menulis review yang berkaitan dengan produk affiliate anda. Teknik ini adalah teknik yang tidak dapat tandingi teknik lain. Ini kerana

1. anda mempunyai pengalaman tentang produk affiliate anda.

2. anda menonjokkan keyakinan kepada prospek anda untuk membelinya melalui anda review produk affiliate anda.

Jadi disini, anda memberi keyakinan kepada prospek anda kerana anda sendiri telah menggunakannya.

sukar untuk percaya?

mari lihat contoh dibawah

contoh 1: “dapatkan ebook menjana wang di internet di [link affiliate anda]”

dengan

contoh 2: “dapatkan ebook menjana wang di initernet di [link affiliate anda]. Saya sendir telah menggunakannya dan saya telah berjaya mendapatkan pendapat yang lumayan.”

contoh diatas, anda akan pilih yang mana? kalau saya, saya akan memilih contoh 2. Saya yakin anda juga sama bukan.

Diatas ini hanyalah contoh pendek. Anda boleh membuat review anda sendiri. Jadikan prospek anda terasa percaya dengan review anda.

Ingat, jangan sesekali menipu. Ini akan merugikan anda sendiri.

“kalau macam itu, saya perlu membeli dulu lah ya?”

Jawapannya,

Ya, jika anda betul-betul memerlukan pruduk itu dan anda mempunyai bajet yang cukup.

Tidak, jika anda tidak mempunyai bajet dan tidak memerlukan produk itu.

Jangan risau, masih banyak lagi teknik untuk mempromosi affiliate anda. Ini adalah salah satu cara.

Sampai disini sahaja lah. Tunggu post seterusnya untuk mengetahui tip seterusnya.

Semoga berjaya kepada anda yang menggunakan teknik ini.

___

Han
Han Web Desiigning
http://www.hanrz.com


Post Yang Berkaitan :

Salam sejahtera semua,

Jika anda sebelum ini pernah menyertai program affiliate, mungkin anda mengalami masalah keuntungan yang sedikit atau tiada langsung.

Tip ini adalah tips bagaimana meningkatkan jualan anda dengan memberi hadiah kepada pembeli.

Jika anda telah lama menceburi dalam e-biz, sudah pasti anda pernah melanggan newletter dari affiliate-affiliate yang hebat-hebat bukan? Anda juga mungkin pernah menerima pelbagai tawaran dari affiliate-affiliate setelah mempunyai produk baru dilancarkan. MailBox anda pasti penuh dengan email dari affiliate-affiliate yang menyertai program affiliate tersebut. Apa yang ada nampak disitu?

Sudah pasti produk baru dengan link affiliate-affiliate itu bukan. Affiliate-affiliate itu juga menawarkan pelbagai hadiah atau bonus untuk anda jika anda membeli dari link affiliate mereka.

Kalau anda perhatikan betul-betul, mereka akan dapat membuat jualan yang banyak dalam sekelip mata sahaja. Lihat contoh dibawah

Zamri Nanyan telah mengeluarkan produknya baru-baru ini, iaitu video percuma viral marketing beliau. Anda mungkin tidak terlepas dari affiliate-affiliate yang membuat promosi produk tersebut dan jika anda membeli produk dari link affiliate itu, anda akan mendapat hadiah atau bonus yang disediakan oleh affiliate itu, bukan?

Jadi dari situ anda boleh lihat, bagaimana affiliate-affiliate boleh menjana pendapatan yang lumayan.

Disini anda perlu menggunakan kretiviti anda untuk membuat prospek anda tertarik dengan tawaran anda. Anda perlulah memberi hadiah atau bonus lain dari yang lain dan tidak boleh dijumpai di tempat lain (istimewa). Contoh:

1. Anda boleh membuat sendiri satu ebook percuma untuk mereka. (biasa digunakan oleh affiliate-affiliate)

2. Memberi video percuma yang dibuat oleh anda sendiri.

3. Memberi audio temuramah dengan internet marketer yang berjaya.

4. Memberi script yang digunakan oleh anda.

5. dan banyak lagi…

Cuba fikirkan benda yang unik dan ada kelainannya. Pasti anda mendapat meningkatkan lagi jualan anda.

You can win if you want.

Semoga berjaya.

___

Han
Han Web Designing
http://www.hanrz.com


Post Yang Berkaitan :

Next Page »